Selamat tinggal dunia
Hidup hanyalah satu persinggahan..mmg semua tahu akan perkataan itu,, tapi sebilangan sahaja yang mengetahui siratan makna di celahan perkataan itu. hidup ini mempunyai banyak nadi, tidak kira kebahagiaan, percintaan, mahupun ketuhanan. jika terputus nya satu nadi, hidup akan menjadi lemah, seperti diambang kematian. Namun begitu, nadi kehidupan membawa kepada hanya satu.. iaitu kematian. hidup dan mati tidak dapat dipisahkan. benarkah? pernahkah kamu terfikir hidup dan mati itu tidak terpisah? apakah makna kematian disisi kamu? adakah kematian yang kamu anggap satu penamat? kematian sebenarnya adalah satu permulaan. dan apakah pula kehidupan jika kematian adalah permulaan? sebenarnya kehidupan itu adalah hanya sebagai satu ujian yang harus ditempuhi oleh semua. tapi, berapa ramaikah yang mementingkan keputusan ujian kehidupan ini? kalaulah ini spm, keputusan baik maknanya kita dapat masuk ke alam universiti atau sbgainya, jika keputusan teruk, mungkin sebalik nya.. tapi itu cuma kemungkinan. bagaimana pula dgn keputusan ujian kehidupan yang mempunyai beribu-ritu mata pelajaran? penah kah kamu terfikir?jika benar kehidupan ini ujian, mcm manakah kita nak melalui nya dgn jaya? tokmoh hanya memberi kan pertanyaan, cari la jawapan mu dgn hati yang terang. Cuma yang Maha mengetahui sahaja dapat dijadikan rujukan. Dan Dia telahpun menurunkan petanda buat semua. Cari dan pgg lah atas rujukan yang Dia berikan. Boleh kah kita semua berjaya dalam ujian ini..
buat kawanku semua, singkaplah asal kejadianmu, hurailah segala perilaku mu. dan kukuhkan la pegangan mu..
“Bekerjalah seperti kamu hidup selamanya,Beramal la seperti kamu mati keesokan hari”
Akan sampai waktunya untuk:
selamat tinggal dunia, selamat tinggal kehidupan, selamat tinggal kebahagiaan, selamat tinggal kesengsaraan. “setiap yang hidup akan mati” .
Ucapan Salam Dari TokMOH